USRAH DAN DAKWAH

Home ♥ Ana ♥ Ya Ukhti ♥ Follow ♥ Dash ♥


Ana, Nurul ♥


 photo 2a3d7457-b2d5-4d84-ac09-bcd3e6cc3f75_zpsd1a07e4a.jpg

" Barang siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, nescaya Allah akan memperbaiki hubungan dengan sesama manusia "

Uhibbuki Fillah Ya Antum ♥


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
Sunnah Dalam Bersahabat
Wednesday 27 November 2013 • Wednesday, November 27, 2013 • 0 comments








أهلا وسهلا

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ya antum sekalian



Semoga sihat di bawah perlindungan-Nya. Semoga berada di dalam rahmat-Nya (Allah SWT). Ana nak kongsi sikit ilmu yang ana baca tentang SUNNAH DALAM BERSAHABAT. Inshaa Allah, ana ada baca tentang artikel ini di iluvislam.com. Ana tertarik dengan cerita dan cara penyampaiannya sehingga membuatkan ana menitis air mata. Ya Allah, betapa kasihnya Rasulullah SAW kepada sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar. Tersentuh hati ana apabila terbaca satu ucapan yang Rasulullah katakan kepada Saidina Abu Bakar. 


“Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”


Ana berharap dan selalu berdoa supaya ana dikurniakan sahabat yang selalu berada di kala ana susah, yang selalu berada di kala ana sedih dan lemah, yang selalu menjadi pendorong untuk ana berubah ke arah kebaikan, yang selalu mendoakan ana semasa ana masih hidup dan juga semasa ana bertemu dengan Pencipta ana iaitu Allah SWT. Ana sertakan hadis daripada riwayat Al-Bukhari dan Muslim:



Allah S.W.T memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah S.A.W dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali. Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Ana sekarang pun sudah bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik walaupun tidak seperti yang ana impikan. Terima kasih Ya Allah kerana berikan hambamu ini Ya Ukhti yang baik budi pekertinya. Ana berharap supaya ukhti ukhti ana dapat berubah dengan lebih sempurna ke arah kebaikan. Ana sentiasa mendoakan antum. Inshaa Allah, satu hari nanti antum akan menjadi wanita yang sempurna di mata dunia dan akhirat kelak. Inshaa Allah. Akhir kata daripada ana, UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA ♥. Sehingga berjumpa lagi jikalau umur masih panjang. Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh. 




JAZAKALLAHU KHAIR
MA'AS SALAMAH WA ILAL LIQOO



Take It Serious Please, Wahai Hawa
Monday 25 November 2013 • Monday, November 25, 2013 • 0 comments









أهلا وسهلا

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, wahai Hawa

Daripada hawa,

Ingatlah wahai hawa,

Lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan. Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.

Ingatlah wahai hawa,

Sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.

Ingatlah wahai hawa,

Kepanasanmu bertudung, longgarnya pakaianmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa.Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, peri laku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah SAW?


Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut."Abu Darda pernah menyebut," Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan ".


Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab.

Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak kekal abadi.

Renung-renungkanlah...

Kepada,

Hawa-hawa yang lain.

Ma'as-salamah Wa ilal liqoo. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.




Aku Remaja Biasa. :')
Friday 14 December 2012 • Friday, December 14, 2012 • 0 comments







Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.  

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿


Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa.
Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah remaja biasa yang hanya belajar di sekolah biasa dan bergaul dengan rakan-rakan biasa.
Tetapi, aku berharap yang aku diberi laluan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dengan bersekolah di sekolah agama dan berkawan dengan rakan-rakan yang luar biasa. Bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan yang Allah SWT berikan. Fitrah seorang manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik.
Rakan-rakanku bukanlah berpendidikan tinggi atau mempunyai keluarga yang sempurna. Aku juga sama. Aku menulis artikel ini bukan untuk menunjuk atau meluahkan perasaan. Tetapi, Aku ingin menumpukan bahawa singnifikannya harapan dalam diri manusia dan diri aku. Di dalam hati, acapkali aku bertanya "Adakah diriku ini disayangi Allah?". Setiap kali hatiku menanyakan soalan itu, air mataku deras menitis. Aku mengaku yang diriku ini selalu kalah dengan godaan syaitan yang durjana. 
Di dalam solatku tidak putus-putus aku berdoa agar aku diberi petunjuk di jalan yang benar. Kadangkala, apabila aku ingin menjadi lebih baik, pasti akan dihujani dengan dugaan yang menjerihkan jiwa. 
"Ya Allah, Aku amat menyayangimu. Aku memohon kepada mu Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku."

Allah Berfirman : 
"(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" (Surah ali-Imran ayat 8)
FirmanNya lagi : 
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): 'Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya'. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali'" (Surah al-Baqarah ayat 285)
Allah Berfirman lagi : 
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'" (Surah al-Baqarah ayat 286)

Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh ayat-ayatNya memberikan aku semangat. Kini, aku yakini walau pun tidak berpeluang untuk belajar di sekolah yang ku inginkan, namun aku percaya ilmu Allah itu Maha Luas. Di bumi Allah itu semuanya penuh dengan didikan hatta ujian itu juga adalah didikan jiwa yang boleh mendekatkan diri pada Allah. 
Aku percaya, bukan kerana dari mana kita bergraduasi.. Bukan bidang agama yang menentukan kita orang yang beragama tetapi sejauh mana kita mengamalkan apa jua yang kita pelajari. Samaada ilmu dunia atau ukhrawi, selagi mana ianya dihadam untuk tujuan akhirat, maka ianya akan memberi kebaikan kepada orang tersebut. 
Moga kita semua mendapat iktibar. Insyaallah. 


"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang" (Surah Taha ayat 130)